Suapan:
Kiriman
Komentar

Salam, umat Islam sekarang dahagakan ilmu Islam terutamanya yang boleh diperolehi dengan mudah secara online. Harap banyak lagi maklumat tentang Islam disebarkan mudah-mudahan dapat tersebarnya pendidikan agama Islam kerana menuntut agama Islam itu fardhu Ain bagi setiap muslim yang mukallaf. Malaikat mengerumuni orang atau kelompok yang menuntut ilmu sehinggakan bersedekah kepada orang yang sedang menuntut ilmu digandakan pahalanya sehingga 700 kali dan dianggap salah satu jihad.

Terima kasih kepada pihak-pihak yang menyiarkan sebarang ilmu dalam internet (online) terutamanya dalam bentuk youtube kerana memudahkan  kita untuk menghayati dan melihat gambar sekali seolah-olah kita sedang berada di dalam kuliah ilmu atau masjid. kerana menyiarkan artikel ini. Marilah kita semarakkan lagi ilmu Islam dan moga sama-sama menjadi penuntut ilmu (yang berguna la…) Sebagai panduan buka www.youtube.com dan taipkan perkataan mengaji ilmu, Islam, ceramah agama, tazkirah, kuliah agama, feqah, al-Quran, surah ar-Rahman dan sebagainya. Kita akan dihidangkan dengan pelbagai ilmu yang berfaedah mengikut minat kita sendiri.

Moga-moga dapat beramal dengan perkara yang baik-baik shaja semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik dan timbangan kita berat kepada yang baik dan melayakkan kita memasuki syurga dan jauhkan kita daripada azab api neraka. AMIN…

http://rahsiarezeki.wordpress.com

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya

Kredit foto: M Syafii

Huraian

i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu “ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://rahsiarezeki.wordpress.com

Teman arini mukak le web, ada le link pase nangka tu. Rope ropenya Prof Dr. Zainal punya, tajuknya: http://belabunsesamekite.blogspot.com/ Kalau mike klik kat sini dapat le baca he nangka madu ni.. Katanya, “Insyallah, kalau ada rezeki, nangka jenis MASTURA ni akan di ekspot ke Eropah, melalui negeri Belanda oleh Lembaga Persatuan Peladang Malaysia (LPP). Setakat ni dema dah anto dah ke Singapura, Hong Kong, Cina dan beberapa negara di Asia. “

Walau bagaimanapun kita ucapkan tahniah kepada “ayah yeop” kita ni kerana kejayaannya itu sebab bukan senang nak menembusi pasaran Eropah tu kalau tak berusaha sungguh sungguh. Teman teringat lagi dulu ada teman cakap pase Dr ni nak buat ebook pase nangka madu. Mujo le teman tak ngecek sebab masa tu tak da apa lagi, naikkan semangat dia je. Kale tidak teruk teman kena bante, kale ada yang ingat lagi tulisan teman ni le.

Nangka Madu

Rope ropenya bebeno dibuatnya.  Baru teman saja sembang (belabun) dengan dia, katanya dah 50 peratus dah siap, masa tu sebulan lepeh. Agaknya sekarang dah 60 % le ye.. Kita doakan buku bekas pelajar SKM ni cepat siap.

Oleh Prof. Dr.  Zainal Abidin Abd Aziz

Pada 9hb Mac baru ini, pehak UMNO bhg Kuala ada muat sambutan 100 tahun sekolah kita. Teman tak terlibat dengan apa-apa pun tapi ada le kena jemput. Bila teman sampe ke sekolah tu, dema dah stat dah…. Bukan tak segan, tapi sondoi juga lee. Rame di kalangan orang-orang kampung kita yang dapat anugerah pada hari tu. Maknenya rame le orang kat kampung kita tu yang boleh di ketengahkan…

Letakkan politik sebelah, kita kena terima hakikatnya, sama ada kita suka atau tidak, mereka yang di anugerahkan tu memang telah banyak berjasa ke kampong kita. Memang mereka ada kelebihan dan memang tak dinafikan mereka tu telah di beri kesempatan untuk menabur bakti. . (Banyak lagi cerita yang menarik, lihat bawah Komen ruangan Dedikasi Ku bertarikh 18 Mac 10)

Anugerah 100 tahun SKM anjuran Parlimen KK.

Anugerah 100 tahun SKM

Salam kepada semua pengunjung dan AJK pengurusan 100 tahun SKM. Walaupun di kalangan bekas pelajar-pelajar SKM berada di merata tempat, khabar berita anda sangatlah bermakna kepada kami semua, lebih bermakna daripada sambutan 100 tahun SKM. Kehadiran anda semua menyemarakkan lagi ruangan ini dengan cerita-cerita anda di perantauan. Kitalah yang memulakan usaha kearah pembinaan generasi yang saling kenal mengenal dan ingat mengingat. Yang tua dihormati, yang muda di sayangi.

Langkah demi langkah, walau berapa jauh anda berjalan, jangan lupa langkah pertama semasa anda belajar berdiri.

Kita mahu sangat melihat pelajar-pelajar SKM gemilang dan cemerlang.  Mungkin sekali sekala kita boleh menjenguk adik-adik kita yang masih di bangku sekolah lagi di SKM. Kita telah melalui alam persekolahan yang mereka lalui, malah telah melalui kesusahan yang mereka lalui. Mungkin kehadiran kita  boleh memberi tunjuk ajar dan jadikan contoh kepada mereka, atau mungkin kita dapat memberikan sesuatu pertolongan atau bantuan dari apa segi sekalipun kepada sekolah. Kehadiran kita mungkin boleh membangkitkan rasa gembira, bangga dan  rasa syukur kerana kita lahir daripada perjuangan tok-tok kita dulu yang mengujudkan sekolah ini. Oleh itu tumpahkanlah semula pengorbanan yang telah mereka beri itu kembali kepada anak bangsa kita sendiri. MOGA ANDA TIDAK LUPA DARI MANA ANDA DATANG… WASSALAM.

Inilah rakan sekelas ada yang dari Darjah 1 lagi.

Mungkin ada yang mengenali beberapa muka di atas. Mereka terdiri dari anak anak yang tinggal di sekitar Kuala Kangsar. Ada diantara mereka yang telah menjadi ahli profesional, Dr, Peguam, Arkitek, Konsultan, Guru dan sebagainya. Bersama beberapa guru seperti Cikgu Abdullah, Cikgu Mustafa, Cikgu Shaari, Cikgu Idris (cikgu disiplin) dan sebagainya. Cikgu-cikgu ini telah membentuk generasi yang berdisiplin, kemas dan menerajui bidang-bidang tertentu.

Guru yang baik melahirkan murid yang berterampilan. Jasa guru amat besar untuk memastikan muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna di mata masyarakat.  Setelah 41 tahun, pertemuan ini diatur, mulanya dari internet, email, blog-blog, facebook, google dan sebagainya. Reunion ini dilakukan di Damansara, Kuala Lumpur di Chandan Gallery.

Pertemuan pada malam 9 hb Januari, 2010 ini menyaksikan saat saat yang begitu mesra, menyayat hati dan refleksi kasih sayang antara murid dan guru yang begitu terharu sekali. Biasalah, ada murid-murid yang nakal, yang kena rotan dan sebagainya bertemu semula dengan guru disiplin dalam situasi yang sudah berubah iaitu menjadi rakan. Tak lupa juga ada yang menjadi musuh dan kawan bergaduh masa di sekolah dulu  bertemu semula sebagai profesional dengan cerita-cerita lama yang melucukan.

Ada beberapa rakan sejak darjah 1, telah dijemput Oleh Allah lebih awal kembali ke rahmatullah. Satu majlis tahlil dan doa bagi memperingati mereka yang telah pergi telah juga dilakukan dibimbing oleh Ustaz Jamaluddin dari Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar yang juga merupakan salah seorang pelajar sekelas Cliffordian dahulu.

Ini lah sebahagian dari senario yang ingin dilakukan di SKM kerana sejarah SKM lagi lama iaitu 1oo tahun pada tahun ini.  Di harap semua bekas pelajar SKM tidak ketinggalan untuk meraikan hari yang dinanti-nantikan pada 13 Mac, 2010

… Tapi sebenornya, teman ni bukan le tera sangat. Masa di Sekolah Menora dulu tu ada seorang kawan yang teman tak boleh potong langsung, sampaile teman keluar darjah 4 dari sekolah Menora. Dia asyik contrek no 1 dalam kelas, teman no 2 no 3. Ada sekali teman dapat no 1 dalam kelas, waktu itu kawan teman ni demam dan tak dapat duduk pereksa. Kawan teman ni dia bekas pegawai besar Penjara Malaysia. Anak arwah Pak Wok Kpg Buaya. Adik Yong Umi. Beliau ialah en Osman b. Dahari.

Teman salute le En Osman ni.

Petikan dari KENANGAN LAMA MENGUSIK KALBU, 3 Disember. Untuk mengikuti lapuran penuh, bacalah petikan tersebut.

Ini la wajah En Osman Dahari yang jadi top scorer si SKM masa dolu dolu... Org nya simple je.. tapi dulu hensem beno ni..

Salam semua,

Berikut ini petikan yang dikirimkan oleh Prof Zainal, hasil dari mesyuarat di SKM pada 27 Dis, 09.

“Tarikh yang dicadangkan:

13-14 Mac, 2010

Tengok jenuh deme bermesyuarat. Yang lain mcmana? Kalau sayang kat sekolah datang le...

En Ejazi menggesa kita semua termasuk pihak sekolah, ketua kampung, warga SKM dan mereka yang terlibat secara langsung maupun tak langsung untuk bekerja keras, terutamanya untuk mengumpulkan dana dalam jangka sebulan ni untuk mencecah RM50,000 untuk perlaksaan projek ini. Beliau akan memberikan sokongan sepenuhnya demi untuk menjayakan program ini. SKM ni pun sekolah dia juga dulu.

Mari kita sama-sama buktikan kita boleh kumpulkan RM50,000 tu dulu dalam masa sebulan ni, sebelum kita buktikan kita wajar dan berhak menerima budget PPD sebanyak RM1,200,000. tu.

Teman dah gerakkan pihak PPD untuk bagi pada kita sebanyak tu, dan sekarang teman nak mintak pada semua warga SKM, tak ada yang terkecuali, untuk membantu teman untuk memastikan peruntukan dari PPD itu tak terlepas ke tangan sekolah lain pulak. Nanti ngulat kita. Putih mata je…. Kalau kita tak tolong kita sendiri, siapa lagi yang nak bantu kita? Nak harap pertolongan datang turun dari langit ke?

Memang, insyallah kita akan dapat pertolongan dari Allah, tapi tak akan datang dengan bergolik je. Tegulin ada!!!!

Baik-baik pakat. Jangan gaduh-gaduh

Mari sama-sama kita sahut seruan en Ejazi tu.
Teman sendiri telah dan akan memberikan segala tenaga dan usaha yang terdaya untuk menjayakan program ini. Teman angggap ini sebagai cabaran peribadi dan semuga Allah memberikan teman kemampuan untuk bekerjasama dengan mengkome semua untuk kita jayakan program kita ni.”

Prof. Dr. Zainal Abidin Aziz.

Untuk membaca laporan lengkap, pergi ke bahagian Peningkatan Dana (Fund Raising.)

Salam untuk semua yang akan berbincang sat lagi, (AHAD 27 Dis,09)  lbh kurang pukul 9.00 pagi. Dengar ceritanya En. Ejazi PPD akan datang dan mempengerusikan mesyuarat ya. Maaf la sy tak dapat datang. Skg kat Semenyih, baru minggu lepas balik. InsyaAllah, satu hari nanti kita akan dapat berjumpa juga. Walau apapun, saya minta dapat bincang baik-baik dan buat keputusan yang terbaik. Saya menyokong semua keputusan yang baik untuk kebaikan sekolah ini.

Moga generasi akan datang akan dapat manfaat daripada perbincangan ini dan akan dapat melihat sesuatu hasil, contohnya wujudnya library ke, koleksi buku bekas pelajar ke… atau apa apa khazanah yang akan diwariskan kepada generasi akan datang, bakal pelajar pelajar SKM.  Tahniah kepada semua yang komited untuk membangunkan SKM dan melihat ia mencapai tahap yang dihormati sekurang-kurangnya di peringkat Kuala Kangsar, lebih-lebih lagi di mata dunia.

Satu lagi perkara, harap hari ini tercipta lagi sesuatu yang boleh dibanggakan iaitu web kita InsyaAllah akan mencecah 3000 pengunjung dalam masa 1 bulan 10 hari.  Tuan Puan dan adik-adik  semua adalah penyumbang kepada peningkatan ini. Di harap dapat diteruskan dan disebarluaskan halaman web ini ke seluruh kampung dan kepada sesiapa sahaja yang pernah belajar, mengajar dan berasa mereka adalah sebahagian dari SKM. ZAHIDANA

Assalamualaikum geng!!!
Teman baru bincang dengan En Ejazi Yahya, Pegawai PPD Kuala, yang juga bekas pelajar SKM. (Anak Pak Ngah Ya Talang Tengah)

Dia merupakan salah seorang dari bekas pelajar SKM yang dah dapat Ijazah Sarjana. Saya tak Pasti M.Sc. macam teman dulu ke ataupun M.A. Tapi pokoknya dapat Sarjana le, bukan Sarjana Muda je.

Yang dah teman kira ada 7 orang semuanya bekas pelajar yang dah dapat Sarjana. PhD baru sorang. (ehhemmm!!! Sape lain kalaui tak teman!!! ). Tapi insyallah ada 2 lagi dalam tangan. Joe anak Pak Sani dengan Yanti anak Zam, Cucu pak Azit, Cicit Tok Anjang Ramli.

En Ejazi nak datang ke pertemuan kita, dan dia yang tetapkan tarikhnya 27hb Dis, jam 9.00pagi. di SKM.

Teman tak kata apa le. Kalau ikutkan teman, nak buat hari jumaat petang tu. Yang di KL tentu dah sampe ke Menora, dan mungkin dah ada yang sampe malam jemaat tu. Tapi En Ejazi tak boleh datang hari jemaat itu. Dia ada kat Melaka, belum balik lagi. Teman ikut je le…

Cuma teman harap-harap sangat mengkome tak le balik ke KL pepagi sangat pada hari ahad tu pulak. Kalau mengkome buat gutu, nanya le teman. Rasanya betoyak pun mau tu…

Teman dah bersungguh beno nak buat perjumpaan tu. Kita bukan ada masa sangat lagi.

En Ijazi mintak dia nak jadi pengerusi pertemuan tu nanti. Pada teman, elok sangat le. Tentu ada habuan dari PPD nanti tu. Teman ada mintak buatkan dewan sekolah, 60′X120′. Tak payah buat sekarang pun tak apa asal ada commitment nak buat.

Teman nampak, dewan tu boleh tambah dana untuk PIBG SKM nanti. Boleh sewa untuk kenduri kendara, nikah kawin, sokan, ataupun orang dari lebuh raya nak sewa pun boleh.

Bila mengkome sembang sesame geng SKM Menora, pikiokan juga apa sumbangan yang dapat kita berikan pada sekolah kita dulu tu.

Kita kena ingat, tapak sekolah tu pun bukan orang Menora yang punya, ia ada derma ikhlas, (Wakaf) dari orang Bendang Kerin. Itu 100 tahun yang lalu.

Sekarang ni tak kan kita nak harapkan sedekah orang lain juga. Muh le kita pulak yang bagi.

Kita bagi seratus dua sekarang, tak rugi. Niatkan dengan ikhlas… Insyallah mengkoma dapat habuan di depan Allah nanti.

Cuba bayangkan 100 tahun dulu tu orang yang mewakafkan tanahnya dulu tu ada terfikir ke dalam kepalanya suatu hari nanti sekolah di tapak yang dia wakafkan itu akan menghasil puluhan bekas pelajar yang mendapat Sarjana Muda? Dapat Sarjana? Dapat Doktor Falsafah?

Sekarang ni kalau kita nak derma tanah pun dah tak kena, kecuali tanah-tanah yang bersempadan dengan tapak SKM tu. Seratus dua yang kita akan bagi kelak tu mungkin itu yang akan menyelamatkan kita dari api neraka. Atau muingkin itu juga le yang membolehkan kita masuk ke syurga Allah.

Mungkin anak kita tak bersekolah di situ, tapi mungkin juga anak cucu kita kelak akan pulang ke kampung dan bersekolah di situ, siapa tau?

Mungkin juga simpang tempat lebuh raya PLUS yang nempuh kampung kita tu akan menjadi suatu bandar besar. Ramai yang nak balik kampung waktu itu, termasuk cucu cicit kita. Mana kita tau. Kalau dah bartambah penduduk, SKM tak kan nak dibiokan?

Teman mandang masa depan je. Dulupun pada adatnya, tak menasabah rasanya teman dapat ke Amerika. Tapi Tuhan bukakan jalan, alhamdulillah , bukan Amerika je, England, negeri orang puteh yang menjajah kita dulu tu pun teman sampe. Campo-campokan rasanya lebih 20 negara di dunia ni yang teman dah pergi, termasuk Afrika Selatan, Argentina, Kanada, Jepun….banyak lagi.

Mana kita tau berkat derma yang kita bagi hari ini,suatu hari nanti anak cucu kita pulak yang ke sana?

Teman nak, mari kita berame-rame datang pada 27hb tu nanti. Sekurang-kurangnya kita bersatu untuk tujuan ini, sambe-sambe kita balik kampung nengok mak apak. Kalau dah tak ada mak apak pun mungkin rame lagi sedara mare kita yang masih ada kat kampung.

Allah kata ada tiga perkara yang kita tengok je pun dah dapat pahale.

1. Kaabah – ini kena pergi Mekah, kena ambik aji. gambo kaabah tak aci.
2. Quran – ini boleh tengok hari hari. Tiap-tiap rumah mesti ada quran, tapi kebanyakannya, maaf cakap, quran kita tu terbiar sebagai ’suci dalam debu’ je
3. Muka mak bapak – Ini yang banyak kita terlepeh. Hinggakan ada yang sanggup anto mak bapak ke rumah orang tua. Alhamdulillah, belum ada berlaku di tempat kita lagi.

OK teman mintak sangat-sanat, balik ye? Jangan tak balik!!!

Sekolah Kebangsaan Menora menunggu kepulangan mu!!!

Kiriman  Prof. Dr. Zainal Abidin Abd Aziz ke halaman Web.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.