Salam kepada semua pengunjung dan AJK pengurusan 100 tahun SKM. Walaupun di kalangan bekas pelajar-pelajar SKM berada di merata tempat, khabar berita anda sangatlah bermakna kepada kami semua, lebih bermakna daripada sambutan 100 tahun SKM. Kehadiran anda semua menyemarakkan lagi ruangan ini dengan cerita-cerita anda di perantauan. Kitalah yang memulakan usaha kearah pembinaan generasi yang saling kenal mengenal dan ingat mengingat. Yang tua dihormati, yang muda di sayangi.
Kita mahu sangat melihat pelajar-pelajar SKM gemilang dan cemerlang. Mungkin sekali sekala kita boleh menjenguk adik-adik kita yang masih di bangku sekolah lagi di SKM. Kita telah melalui alam persekolahan yang mereka lalui, malah telah melalui kesusahan yang mereka lalui. Mungkin kehadiran kita boleh memberi tunjuk ajar dan jadikan contoh kepada mereka, atau mungkin kita dapat memberikan sesuatu pertolongan atau bantuan dari apa segi sekalipun kepada sekolah. Kehadiran kita mungkin boleh membangkitkan rasa gembira, bangga dan rasa syukur kerana kita lahir daripada perjuangan tok-tok kita dulu yang mengujudkan sekolah ini. Oleh itu tumpahkanlah semula pengorbanan yang telah mereka beri itu kembali kepada anak bangsa kita sendiri. MOGA ANDA TIDAK LUPA DARI MANA ANDA DATANG… WASSALAM.








Salam semua. Ya 13 Mac makin hampir. Semoga majlis yang dirancang akan menjadi sesuatu yang menjadi kemegahan warga SKM.
Yang penting AJK perlu proaktif. Nanti kita akan dapat berkumpul kawan, adik, kakak, abang, pakcik, makcik dll.
Saya cuma mendoakannya dari jauh serta sedikit sumbangan. Apakan daya saya diperantauan ada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Cuma diharap selain AJK sebagai pelaksana hadapan semua warga SKM buatlah sedikit sumbangan. Dizaman elektronik ini tekan saja mesin atm sampailah sumbangan ke SKM dalam sekelip mata.
Mari pakat kita yang jauh beri sokongan dengan menghulurkan sumbangan kewangan kerana kita mungkin tak mampu yang lain.
Kita tidak ada pilihan, sama ada mahu atau tidak, kita terpaksa bergerak kehadapan – Prof Ismail Salleh
Sesiapa menghulurkan kepadamu sesuatu kebaikan, maka balasilah dia, dan jika tiada apa-apa balasan, maka hendaklah engkau doakan kepadanya (Muslim) – Maksud Hadis
Hjh faridahanim
C:\Users\user\Documents\cg mohdisa.jpg
Awok lembap nak anto gambo cikgu kesayangan awok ni Arwah Cikgu Mohd Isa.
Ajo le macammana nak anto
Cuba email ke zahidana@yahoo.com nanti sy tengok blh tak…