Teman arini mukak le web, ada le link pase nangka tu. Rope ropenya Prof Dr. Zainal punya, tajuknya: http://belabunsesamekite.blogspot.com/ Kalau mike klik kat sini dapat le baca he nangka madu ni.. Katanya, “Insyallah, kalau ada rezeki, nangka jenis MASTURA ni akan di ekspot ke Eropah, melalui negeri Belanda oleh Lembaga Persatuan Peladang Malaysia (LPP). Setakat ni dema dah anto dah ke Singapura, Hong Kong, Cina dan beberapa negara di Asia. “
Walau bagaimanapun kita ucapkan tahniah kepada “ayah yeop” kita ni kerana kejayaannya itu sebab bukan senang nak menembusi pasaran Eropah tu kalau tak berusaha sungguh sungguh. Teman teringat lagi dulu ada teman cakap pase Dr ni nak buat ebook pase nangka madu. Mujo le teman tak ngecek sebab masa tu tak da apa lagi, naikkan semangat dia je. Kale tidak teruk teman kena bante, kale ada yang ingat lagi tulisan teman ni le.
Rope ropenya bebeno dibuatnya. Baru teman saja sembang (belabun) dengan dia, katanya dah 50 peratus dah siap, masa tu sebulan lepeh. Agaknya sekarang dah 60 % le ye.. Kita doakan buku bekas pelajar SKM ni cepat siap.







