Salam, umat Islam sekarang dahagakan ilmu Islam terutamanya yang boleh diperolehi dengan mudah secara online. Harap banyak lagi maklumat tentang Islam disebarkan mudah-mudahan dapat tersebarnya pendidikan agama Islam kerana menuntut agama Islam itu fardhu Ain bagi setiap muslim yang mukallaf. Malaikat mengerumuni orang atau kelompok yang menuntut ilmu sehinggakan bersedekah kepada orang yang sedang menuntut ilmu digandakan pahalanya sehingga 700 kali dan dianggap salah satu jihad.
Terima kasih kepada pihak-pihak yang menyiarkan sebarang ilmu dalam internet (online) terutamanya dalam bentuk youtube kerana memudahkan kita untuk menghayati dan melihat gambar sekali seolah-olah kita sedang berada di dalam kuliah ilmu atau masjid. kerana menyiarkan artikel ini. Marilah kita semarakkan lagi ilmu Islam dan moga sama-sama menjadi penuntut ilmu (yang berguna la…) Sebagai panduan buka www.youtube.com dan taipkan perkataan mengaji ilmu, Islam, ceramah agama, tazkirah, kuliah agama, feqah, al-Quran, surah ar-Rahman dan sebagainya. Kita akan dihidangkan dengan pelbagai ilmu yang berfaedah mengikut minat kita sendiri.
Moga-moga dapat beramal dengan perkara yang baik-baik shaja semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik dan timbangan kita berat kepada yang baik dan melayakkan kita memasuki syurga dan jauhkan kita daripada azab api neraka. AMIN…







